Wednesday 31 August 2011

Eid Mubarak!


Taqabbalallahu minna wa minkum Solehula'mal
Kullu sanah wa antum toyyibun..

Di kesempatan ini..
mengucapkan kepada kaum keluarga, sahabat handai, guru, pensyarah, anak murid serta kalian yang mengenali diri ini 
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

**Foto dari Nisa Elmo

Wednesday 24 August 2011

Iftar di 'Langkawi'

Alhamdulillah..

23 Ramadan. Kali ini berkunjung ke sebuah 'penthouse mewah' milik 3 gadis hebat bagi memenuhi sebuah jemputan untuk iftar bersama. Sejujurnya, saya sangat gembira setelah sekian lama tidak meluangkan masa bersama dek kesibukan masing-masing.

Bila pertama kali saya mengenal mereka tidak perlu menjadi persoalan, tapi bagaimana untuk mengekalkan persahabatan ini menjadi sebuah harapan. Saya berharap agar Raihan Farhanah, Sabariah dan Suraya sentiasa di bawah perlindungan Allah dan dijanjikan kebahagian dunia dan akhirat serta dipermudahkan segala urusan dengan mendapat apa sahaja yang terbaik di dalam kehidupan mereka. 

Istimewa buat mereka yang menyambut kelahiran di bulan Ramadan Mubarak


 Berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan ayah rehan dan tarikh lahir Hijrah Rehan..
Allah rahmati dan kasihi kalian InsyaAllah

Setelah iftar bersama, kami berkesempatan menziarahi pesakit di Hospital Orang Asli. Ada sedikit rezeki yang boleh dikongsi buat anak di sana. Dan sebuah kenyataan yang tidak perlu disangsikan, Orang Asli adalah pengikat hubungan kami. Semoga dakwah kita berpanjangan dan mendapat keredhaan Ilahi.



Nur Upin dan Siti Ipin :)
Anak-anak kesayangan Cik de

**Agak terkilan tak dapat berjumpa Nor Hafizan Nawawi. Semoga dia terus menjadi Mujahidah cemerlang dunia akhirat.

Hadith: Generousity

Narrated Ibn Abbas: “The Prophet SAW was the most generous of the people, and he used to be more so in the month of Ramadan when Gabriel (upon him be peace) visited him. Gabriel would meet with him every night of Ramadan until the end of the month. The Prophet SAW would recite the Holy Qur’an to Gabriel. When Gabriel met him, he would be more generous than a swift wind (bringing rain).” [Sahih Bukhari]


Option Number ONE:

Option Number TWO:
Infaq to Kemboja
Please refer HERE or contact Ustazah Zunaidah Marzuki IIUM

Option Number THREE:
Infaq to Kemboja
Please refer to FB Puan Ainon Mohd (Manager PTS Publication). 
Click HERE

**Ayuh kita berkejaran menjadi salah seorang dari tujuh golongan yang akan diberikan perlindungan pada HARI yang tiada perlindungan selain perlindungan daripada Allah. Mereka itu adalah yang tangan kirinya tidak tahu apa yang diberi tangan kanannya kepada orang lain..

Saturday 20 August 2011

A Powerful Night



We have indeed revealed this (Message) in the Night of Power: 
And what will explain to you what the night of power is? 
The Night of Power is better than a thousand months. 
Therein come down the angels and the Spirit by Allah's permission, on every errand: 
Peace!...This until the rise of morn! (97:1-5)


**Lets search the special night in the last ten days of Ramadan which is better than thousand months. Do not ever give up in seeking HIS Maghfirah & Rahmah~!

Ukhwah Ramadan

Alhamdulillah, pertemuan ini berjalan seperti mana yang kami ikrarkan Ramadan lepas. Walau kurang seorang, tapi juga ditambah seorang kawan baru. Kak Sham, Fatimah, Munirah, Wiyah dan saya berbuka bersama pada 19 Ramadan. Sayangnya, Hafizah jaun nun di bumi Kelantan.

Dek kemalasan Mun yang tidak mahu berbuka di luar menimbulkan kerajinan dia untuk memasak. Bukan Mun sahaja yang masak, saya juga turut memasak. Hasilnya seperti di dalam gambar di bawah..hehe..



Satu harapan saya kali ini ialah supaya tradisi Ramadan ini berterusan walau pun Fatimah bakal menjadi isteri akhir tahun ini. Doa saya agar kalian terus berjaya dunia akhirat dan berharap agar Siyam, Soat dan amalan kita semua diterima olehNYA. Semoga ukhwah ini terus mekar dengan mendapat keredhaan Ilahi...

Salam Ukhwah fillah..

Monday 15 August 2011

Pertengahan Ramadan


Salam 15 Ramadan..

Sebuah wasiat yang harus dikongsi bersama sebagai peringatan kepada kita yang sering lalai dan alpa. Wasiat Ibn Jauzi ini benar-benar menusuk diri yang penuh dosa..

Bulan Ramadhan sudah sampai pertengahannya,
Separuh peluang untuk mendapat habuan sudah berlalu,
Dengan penuh kecuaian dan masa yang terbuang,
Tabiat menangguh-nangguh menghakis detik demi detik,
Sedangkan matahari dan bulan tetap dengan peredarannya,
“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran”,
Duhai orang yang berdiri dalam kebingungan..
Adakah pada dirimu keazaman untuk berubah?
Sampai bilakah kamu rela menetap di kedudukan hina?

(At-Tabshirah oleh Ibnu al-Jauzi 2/96)

Ayuh menggapai Maghfrah Tuhan di pertengahan Ramadan.
Selamat menambah amal dan mengejar redha-Nya~!

Saturday 13 August 2011

Terima Kasih Mushrif

Kali ini saya mahu berkongsi tentang seseorang. Ini kali pertama saya mahu bercerita tentang beliau secara terang kerana sebelum ini saya tidak pernah menyebut namanya walau sekalipun di laman mukabuku.

Assoc. Prof. Dr. Ismail bin Hj Abdullah telah dipilih Tuhan untuk menjadi penyelia saya setelah proposal tesis saya diterima oleh Jabatan Quran dan Sunnah, IRKH, UIAM. Sejujurnya saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini kerana tidak pernah menjadi pelajarnya sejak peringkat Ijazah walau namanya pernah disebut beberapa kali oleh rakan seperjuangan.

Pertama kali bertemu beliau mencipta impresi yang baik. Saya senang hati dikurniakan penyelia yang banyak ilmunya. Berijazahkan Usuluddin di Bumi Mesir, kemudian memperolehi Sarjana di UIAM dan PhD di St. Andrew University, United Kingdom menyebabkan beliau menguasai ketiga-tiga bahasa dengan sangat baik, walaupun beliau pernah mengaku kepada saya bahawa tulisan Bahasa Melayunya kurang memuaskan. Sebelum beliau berkhidmat di Kampus Utama UIAM, beliau mengajar terlebih dahulu di Pusat Matrikulasi UIA, kemudian menyambung pelajaran dengan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Di UIAM, beliau pernah memegang jawatan Ketua Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah, dan jawatan itu kini dipegang oeh Dr. Mohd Shah Jani. 

Sebagai penyelia, beliau bukan sahaja menyelia tesis berbahasa Inggeris tapi juga tesis berbahasa Arab, dan menjadi pemeriksa tesis daripada pelbagai universiti di Malaysia.

Salah satu buku tulisan beliau yang dijadikan hadiah kepada saya.
Buku ini diguna pakai untuk subjek Ulum Hadith di UIAM dan IIC.

Secara peribadi, saya suka apabila beliau memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk melontarkan apa sahaja idea di dalam penulisan tesis. Jika terdapat kesilapan atau kekurangan, barulah beliau akan memberi komentar dan memberi cadangan penambahbaikan. Dan beliau akan membuat sasaran bila tesis saya harus disiapkan dalam tempoh yang tertentu. Pada awalnya, saya akan menghantar setiap bab yang telah siap kepada beliau, supaya saya lebih berdisiplin. Kemudian, setelah siap, beliau akan memeriksa tesis secara umum sebelum dihantar kepada pihak bahasa dan seterusnya kepada pemeriksa.

Proses menunggu jawapan daripada pemeriksa mengambil masa yang agak lama. Saya tidak jemu bertanya, dan beliau juga tidak jemu memohon agar saya bersabar dan membantu seadanya. Pada masa yang sama, beliau memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Assistant Researcher kepada beliau untuk dua bahan kajian. Kami juga pernah bekerjasama menyertai sebuah seminar antarabangsa di UM dan beliau sekali lagi memberi kepercayaan agar saya menjadi pembentang pada hari tersebut. Projek kajian kami masih berjalan sehingga hari ini dan akan berterusan selagi mana beliau mempercayai saya mampu melakukan yang terbaik.

Setelah sekian lama menunggu, keputusan tesis saya akhirnya keluar dan berada di tangan saya pada 5 Ramadan (5 Ogos 2011). Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dan kejayaan ini takkan berbuah begini tanpa sokongan penyelia dan keluarga serta kawan-kawan yang mendoakan...

Selain hal berkaitan tentang tesis, beliau menjadi tempat rujukan saya untuk menerima nasihat dan mendengar pengalaman hidupnya. Rasanya sudah beberapa kali beliau menjadi perujuk memohon kerja. Galakan dari beliau untuk saya menyambung pelajaran ke arah yang lebih tinggi tidka pernah saya lupakan. Baru-baru ini saya menerima jawatan baru di sebuah Universiti, dan beliau di antara mereka yang banyak membantu memberi nasihat dan dorongan.

Jujur saya katakan, saya tidak mampu membalas segala jasa dan ilmu yang dicurahkan. Doa saya tidak pernah putus agar beliau sentiasa diberi perlindungan dan kebahagiaan dunia akhirat, dipayungi Rahmat Tuhan dan dikurniakan syurga yang kekal selamanya nanti.

Terima kasih Mushrif!

Ramadan di Pos Simpor

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya sudah lama tidak mencoret panjang lebar di blog dek kesibukan yang menggunung.

Rasanya juga sudah lama tidak menuang bakti ke perkampungan orang asli. Kali ini Ahamdulillah memang sudah diniatkan untuk berhujung minggu pertama di bulan Ramadan (5-7 Ogos 2011) ke sebuang kampung OA dengan menyertai program Yayasan Khalifah. Sukarelawan kali ini ialah Encik Syamsul, Azhar, Ridha, Ikhwan, Kak Suhaida, Safiyyah dan saya.

Tempat yang dituju ialah Pos Simpor, Gua Musang, Kelantan. Bertolak jam 5 pada 5 Ramadan menuju ke Kuala Kubu Baru untuk mengambil seorang teman. Rancangan untuk berbuka puasa di sana tertangguh kerana kesesakan dan sedikit masalah kenderaan. Walau lambat, hidangan makan malam di rumah Cik de cukup sebagai bekalan sebelum bergerak dan bersahur juga.

Sahur pertama di Masjid Gua Musang. Usai subuh terus bergerak masuk ke kampung. Dalam jam 10 kami hampir tiba. Melalui Pos Tohoi sangat menggamit perasaan. Rindu. Pos Simpor akhirnya menjadi ubat apabila kami dihidangkan pemandangan indah di bawah langit Tuhan. Anak-anak itu tidak berbaju, berkaki ayam tapi masih mahu melemparkan senyuman. Mendengar kisah anak-anak itu berjalan kaki pulang dari Tohoi ke Simpor sangat terharu. Kagum dengan kekuatan tapi seharusnya diberi peluang pendidikan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Moga anak-anak itu terus kuat menghadapi cabaran.



Agenda penting bermula jam 3, di mana kami mulai bersiap sedia menyediakan bahan masakan dan ratio bantuan kepada penduduk kampung. Amek-amek datang membantu. Anak-anak penghibur lara, senyum tertawa, menangis sedu, lumrah kehidupan kecil yang bahagia. Hidangan cak raya yang tersedia cukup seadanya. Ikan masak kicap, ayam goreng, sup ayam, tamar, dan air milo sekurang-kurangnya menukar menu mereka yang terlalu biasa dengan ubi kayu setiap hari. Makanan lebih diagihkan secukupnya kepada mereka. Benar, ia satu kepuasan pabila membahagiakan orang lain.


Sahur kedua di kampung jam 4.30 pagi. Alhamdulillah usai solat subuh jemaah dan berehat sebentar, kami mula mengemas untuk pulang. Pantasnya masa berlalu. Benar tidak puas. Andai hujung minggu itu bukan hanya dua hari, pasti masa yang dikorbankan di sini bisa lebih lama. Perjalanan pulang dipermudahkan. Zuhur dan Asar kami ditunaikan di Masjid baru Kg Raja, Cameron Highland. Bimbang tiada makanan untuk berbuka, kami singgah sebentar di Bazar Ramadan Berinchang. Hujan lebat sepanjang perjalanan menuju ke Tapah. Maghrib berkumandang di Masjid Tapah, berbuka puasa seadanya, tunaikan dan solat dan terus bergerak pulang.


Alhamdulillah semuanya pulang dengan selamat. Saya percaya dalam sebuah keletihan, pasti ada kepuasan dan pengalaman yang berharga. Terutama Ikhwan, anak murid yang saya bawa. Dia baru sahaja berada di Semenanjung hampir sebulan untuk menyambung pelajaran peringkat diploma di IIC. Semoga dia terus berjaya dan menabur bakti.

Semoga Allah memberi hidayah kepada semua masyarakat Asli di Malaysia ini, agar mereka terus membangun bukan sahaja dari sudut material, malah intelektual dan spiritual.

Wallahu'alam

Wednesday 3 August 2011

Rezeki Ramadan

Alhamdulillah..
Thumma Alhamdulillah..
Thumma Alhamdulillah..

Tidak terkata. Syukur Ya Allah. Walau dosaku menggunung tinggi, tapi masih nikmat yang Kau beri. Moga Kau ampunkan dosaku dan terima segala amalanku di bulan mulia ini.

Aku hanya mohon padaMu agar Kau permudahkan segala urusan untuk menyempurnakan tugasan baru tersebut. Moga segalanya terjauh dari kejahatan dan dugaan hebat yang mungkin tak mampu ku tempuhi.

InsyaAllah akan diumumkan berita gembira ini suatu hari nanti..

Saadah
10.42PM
3 Ogos 2011
3 Ramadan 1432H