Wednesday 20 June 2012

Resepi: Pasta Spiral Goreng



Bahan-bahan:
Pasta Spiral
200 gm Ayam/Daging Cincang
5 keping Sosej yang dipotong kecil
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 Lobak merak (dipotong dadu)
Cili Boh
Serbuk Lada Hitam
Garam

Cara-caranya:
1. Rebus pasta dengan meletakkan sedikit garam sehingga lembut. Selepas tos, gaul dengan mentega (butter) atau minyak zaitun supaya tidak melekat.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dicincang halus hingga naik bau. Masukkan cili boh mengikut sukatan yang diperlukan. Masak hingga keluar minyak.
3. Masukkan daging/ayam/sosej. Goreng hingga masak. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
4. Masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu dan gaul hingga rata. Letak sedikit garam. Boleh letakkan sedikir sos tiram dan sos tomato jika perlu.
5. Masukkan tomato/sayur campur dan kacau rata. Biar mendidih. Masukkan lebihan bawang besar.
6. Kemudian gaul pasta dengan bahan yang sudah dimasak sehingga sebati. Letak sedikit air jika perlu. Tabur daun bawang & sedikit bawang goreng.

Komentar: Dua bintang sahaja. Terpedas sebab lada hitam terbanyak. Pasta kurang lembut sebab rebus tak lama

Nota kaki: Jutaan penghargaan kepada  'my hubby' sebab menjadi orang pertama yang merasa cubaan pertama saya yang memanglah tidak sesedap mana bagi saya, tapi dia makan tanpa banyak bicara.  

No comments:

Post a Comment