Friday 29 June 2012

Review: Wedding Guestbook

Bismillahirahmanirrahim

Entri kali ini agak pelik kerana tiba-tiba saya mahu berkongsi tentang belakang tabir di sebalik Hari Bahagia saya. Ia berunsur perkongsian dan juga promosi kepada sebuah syarikat kecil yang telah mengukir nama di dalam membuat hasil kraftangan yang cantik.

Istilah 'Guestbook' atau buku tetamu pada hari perkahwinan bukanlah suatu budaya melayu, tetapi diadaptasikan oleh budaya Barat yang menjadi kian popular pada zaman kini. Pada asalnya, saya tidak bersungguh untuk menjayakan idea ini, tetapi saya semakin tertarik untuk mencipta kelainan ini setelah banyak membaca catatan-catatan para Bride-To-Be yang berkongsi persiapan majlis mereka di blog-blog.

Lalu, saya memasang niat agar apa yang akan dijalankan ini tidak bertentangan dengan agama, malah mempunyai tujuan baik untuk menghargai para tetamu yang hadir, yang barangkali tidak sempat kami temui serta meng'amin'kan doa-doa yang dititip khas buat kami berdua. Malah, buku tetamu ini boleh dijadikan sebagai kenangan manis yang boleh kami abadikan selamanya.

Oleh yang demikian, saya mula mencari idea untuk menghasilkan satu buku tetamu. Buku tersebut saya beli di kedai buku biasa yang bernilai kurang dari RM20. Harga buku kebiasaannya melihat kepada ketebalan muka surat dan reka bentuk. Saya memilih yang ringkas kerana berniat untuk membuat dekorasi sendiri atau dipanggil Do-It-Yourself (DIY) atau Suka-Buat-Sendiri (SBS) yang lebih jimat. Walaupun tidak begitu kreatif, saya berjaya memanfaatkan bahan sedia ada untuk untuk menghias buku tersebut sebanyak dua kali. Dekorasi pertama digunakan di Johor Bahru, dan dekorasi kedua digunakan di Kedah.

Untuk menghias ruangan buku tetamu pula. Saya gunakan shawl sebagai alas meja dan sediakan pen warna-warni yang diletakkan di dalam bekas pen (hadiah pemberian pelajar). Untuk papan tanda buku tetamu ini pula, niat asal ialah membuat dekorasi sendiri, tetapi terbaca satu blog yang menawarkan perkhidmatan ini. Saya suka. Hasil kerja tangan sangat teliti dan cantik. Setelah sepakat dengan harga, saya pun membuat tempahan dan menerima tempahan sebelum hari kejadian. Walaupun pada asalnya saya memilih dekorasi lain, tetapi ini juga sudah cukup bagus. Tempahan saya boleh dibaca di SINI.



Terima kasih Scrap@perclip kerana mereka-bentuk mini signage kami yang comel. Harga boleh rujuk kepada tuan punya blog. Semua urusan dibuat secara atas talian (online).

 Dekorasi diubah untuk walimah di Kedah


Perkara lain yang saya suka dengan buku tetamu ini ialah apabila ruangan buku tersebut yang masih kosong boleh digunakan untuk menampal kad-kad yang dilekatkan pada hadiah yang kami terima. Sekurang-kurangnya ruangan tersebut tidak dibazirkan dan boleh dimanfaatkan walaupun majlis kami telah selamat berlangsung dengan jayanya.. ^_^


Semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment